Page 58 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 58
58 |
1. Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI)
Hospital Rakan Bayi dibentuk untuk melindungi, mempromosi dan
menyokong Penyusuan Susu Ibu iaitu dengan menyediakan persekitaran
yang mesra penyusuan susu ibu.
Hospital Tuanku Fauziah telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak
tahun 1999 dan telah berjaya melalui lima kali penilaian semula untuk
kekal sebagai Hospital Rakan Bayi.
2. Promosi Penyusuan Susu Ibu
Sambutan Minggu Penyusuan merupakan acara tahunan yang diadakan pada saban tahun dengan membawa tema
yang berbeza. Tahun ini sambutan minggu penyusuan bertemakan Bersama Lestarikan Penyusuan Susu Ibu
telah diadakan pada 23 Oktober 2017 anjuran Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis kolabrasi bersama
Jabatan Obstetrik & Ginekologi, bersama Hospital Tuanku Fauziah. Objektif sambutan pada tahun ini adalah untuk
mempromosi perlaksanaan Mothers Friendly Care di Hospital Tuanku Fauziah dan memberi maklumat yang jelas
tentang ilmu penyusuan yang betul dan tepat kepada masyarakat umum. Program ini mensasarkan suri rumah, wanita
bekerjaya dan Badan Bukan Kerajaan dalam usaha memastikan kelansungan penyusuan susu ibu secara berterusan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
Sembang Santai: Masalah dan cabaran penyusuan
Bicara Interaktif Bersama Pakar: Pengenalan Inisiatif Hospital Rakan Bayi; Penjagaan Mesra Ibu dan Peranan
Peneman di Bilik Bersalin.
Bicara Interaktif Bersama Pakar: Pemakanan semasa hamil dan menyusu
Sentuhan Magis: Sesi Praktikal Lactation Massage
Tayangan Video Penyusuan
Pameran Booth/ Kuiz Penyusuan
Pameran Booth Jualan (Agensi yang terlibat)
Pertandingan Mewarna
Cabutan bertuah

