Page 59 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 59
| 59
3. Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2017
Pada 25 Mei 2017, bersamaan hari Sabtu, Klinik Kesihatan Kangar telah menjadi tuan rumah bagi Sambutan Bulan
Pemakanan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2017. Sambutan tahun ini yang bertemakan “Jom Makan Secara Bijak
+ Jom Gerak Selalu = Resipi Keluarga Sihat” telah diadakan di Denai Larian Pengkalan Asam dari pukul 8.00 pagi
sehingga 1.00 petang. Objektif sambutan ini adalah untuk mempromosikan amalan makan secara sihat, menggalakkan
aktiviti fizikal sebagai gaya hidup yang sihat serta memberi panduan kepada masyarakat supaya mengekalkan berat
badan yang ideal serta mengelakkan komplikasi diabetes.
Aturcara menarik, pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan berjalan kaki 10,000 langkah meyelusuri
denai laluan sepanjang Sungai Perlis sambil menikmati keindahan alam sekitar. Ini diikuti dengan pertandingan dan
pameran seperti pertandingan mewarna oleh kanak-kanak, perbincangan kumpulan, ceramah pemakanan sihat,
demonstrasi menghasilkan Sandwic Sihat, pemeriksaan kesihatan, kaunseling pemakanan dan jualan di khemah yang
disediakan.
Sesi “Demo Masakan Santai Pemakanan” dan ujirasa masakan sandwich telah diadakan oleh En. Nubairi Adha bin
Yusof, manakala “Sembang Santai Pemakanan Sihat” telah disampaikan oleh Pn. Shazwani Magini di khemah yang
telah disediakan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pegawai Perubatan Yang Menjaga Klinik Kangar
Dr. Azirah Bt Yeop. Ini diikuti dengan persembahan tarian suku-suku separuh dari anggota kesihatan Klinik, ucapan
perasmian dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Majlis diakhiri dengan lawatan tetamu jemputan khas ke khemah pameran dan bersurai selepas makan tengah hari
pada pukul 1.00 petang.
Bersama urusetia dan hadirin bersempena sambutan program sambutan bulan pemakanan
4. Perkongsian Bijak Resepi Kejayaan Dapur Sihat Masyarakat Negeri Perlis
Strategi Lautan Biru adalah pendekatan Perdana Menteri untuk menjalankan program dan aktiviti berimpak tinggi
secara kreatif dan sistematik dengan menjalin kerjasama bersama jabatan dan agensi luar. Menyahut seruan kerajaan,
Dapur Sihat Masyarakat (DSM) Perlis juga telah mengambil langkah menjalin kerjasama bersama beberapa jabatan
dan agensi luar dalam menjayakan aktiviti promosi pemakanan.
Tujuan Strategi Lautan Biru digunakan dalam promosi pemakanan di DSM Perlis adalah untuk meluaskan skop
kumpulan sasar serta berkongsi kepakaran dengan menggunakan kos yang minima. Salah satu aktiviti yang dianjurkan
DSM Perlis dengan menggunakan konsep perkongsian bijak adalah Kembara Pasaraya Sihat bersama pelatih Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Menariknya sesi kembara DSM ini adalah aktiviti ini menyasarkan pelatih PDK ,
penjaga serta guru mereka sebagai peserta.
Selain dari membantu meningkatkan kesedaran untuk membeli belah secara sihat dan selamat, pelatih turut diajar
tatacara penggunaan wang serta mendapat sokongan dari pihak Pasaraya Giant yang membenarkan DSM Perlis
serta pelatih menggunakan fasiliti mereka untuk belajar. DSM Perlis juga pernah bekerjasama dengan Pejabat Mufti

