Page 77 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 77

|   77







                 3.2.10 Rumusan

                    Penyakit NCD merupakan fokus utama Kementerian Kesihatan kerana penyakit ini mempunyai kadar mortaliti dan
                    morbiditi yang tinggi selain ianya dapat dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Program-program saringan
                    akan di pertingkatkan lagi bagi membolehkan pengesanan penyakit-penyakit tidak berjangkit di peringkat awal bagi
                    mengelakkan komplikasi.
                    Pendekatan secara holistik adalah amat perlu, dimana kerjasama antara unit-unit dibawah kesihatan awam, hospital
                    dan agensi-agensi serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah, sedang dan akan dipertingkatkan. Perbincangan
                    dengan pihak berkepentingan Program KOSPEN juga telah, sedang dan akan di adakan dari masa ke semasa bagi
                    mengenalpasti kelemahan dalam pelaksanaan saringan komuniti dan langgkah-langkah penambahbaikan yang boleh
                    diambil.


            3.3   KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
                 Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor telah bermula semenjak tahun 1986 di seluruh Malaysia.  Ia kemudiannya
                 disusun semula dan menjadi Cawangan Penyakit Bawaan Vektor pada tahun 1994. Skop aktiviti pencegahan dan kawalan
                 merangkumi penyakit-penyakit bawaan vektor seperti Denggi, Malaria, Filariasis, Japanese Encephalitis, Tifus, Hawar,
                 Demam Kuning dan Chikungunya. Bagi Negeri Perlis penekanan yang lebih diberikan kepada penyakit Denggi kerana ia
                 merupakan masalah kesihatan awam yang utama  di negeri ini.

                 Strategi utama di dalam ‘Program Kawalan dan Pencegahan Penyakit Demam Denggi’ adalah untuk meningkatkan aktiviti
                 pencegahan dan kawalan Denggi di dalam komuniti. Ia juga bagi mengukuhkan sistem perkhidmatan kesihatan melalui
                 program yang bersepadu (integrated approach) & bersesuaian dengan penekanan terhadap penglibatan pelbagai agensi
                 dan komuniti melalui promosi kesihatan menggunakan konsep COMBI. Penekanan turut diberikan dalam meningkatkan
                 kualiti penjagaan kes denggi di peringkat penjagaan primer, sekunder dan tertiari bagi mengurangkan kematian akibat
                 denggi.

                 Selain daripada itu, aktiviti survelan dan pencegahan Malaria dan Limfatik Filariasis turut ditingkatkan untuk mencapai
                 status eliminasi selaras dengan Program Eliminasi Malaria dan Filaria di peringkat kebangsaan. Strategi utama Program
                 Kawalan Malaria dan Filaria adalah untuk mencegah kejadian kes tempatan dan memantapkan pengesanan awal kes
                 malaria di kalangan pendatang asing.

                 Manakala aktiviti pemantauan dan pecegahan bagi penyakit-penyakit Chikungunya, Tifus, Japanese Encephalitis tetap
                 diteruskan secara berkala. Aktiviti pencegahan di pintu masuk juga tetap diperkukuhkan bagi mencegah kemasukan semula
                 penyakit Hawar dan Demam Kuning.


                 3.3.1   Demam Denggi Dan Demam Denggi Berdarah
                       Demam Denggi dan Demam denggi Berdarah merupakan masalah untuk penyakit  bawaan vektor di negeri
                       Perlis. Insiden Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah di Perlis menunjukkan trend peningkatan semenjak
                       tahun 2000 di (Rajah 26). Walaubagaimanapun terdapat penurunan insiden kes demam denggi bermula pada
                       tahun 2014 sehingga tahun 2017. Bebanan kes Denggi yang tinggi ini menyebabkan banyak aktiviti Unit Kawalan
                       Penyakit Bawaan Vektor tertumpu kepada kawalan dan pencegahan penyakit  Demam Denggi dan Demam Denggi
                       Berdarah. Pada tahun 2017, sebanyak 175 kes Denggi telah dilaporkan. Angka ini menunjukkan  penurunan
                       sebanyak  8 kes DD/DDB atau 4.37% berbanding 183 kes DD/DDB pada tahun 2016. Semua kes yang didaftarkan
                       ini telah disahkan positif DD atau DDB melalui ujian Ns1, IgM atau IgG. Tiada kematian akibat Denggi pada tahun
                       2017, berbanding 3 kematian disebabkan oleh Denggi pada tahun 2016.

                       Kejadian wabak Denggi yang dilaporkan pada tahun 2017 adalah sebanyak 25 wabak. Ini menunjukkan
                       peningkatan 6 kejadian wabak atau 31.58% berbanding 19 kejadian wabak pada tahun 2016. Bagi memastikan
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82