Page 82 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 82

82   |







           Jadual 42 :  Pencapaian Indikator Kualiti Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Negeri Perlis, 2013-2017

                  Indikator            Piawai        2013     2014     2015     2016      2017
            Dengue notification time   100% dalam tempoh 24
            index               jam                  100%     100%     100%     100%     98.28%
            Dengue outbreak control
            index               100 % dalam 14 hari  100%     100%     100%     100%     100%
            Kematian Malaria    0                      1       0        0        0         0



           3.4      UNIT ENTOMOLOGI DAN PEST, BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

                    Berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 14 Tahun 2014, Unit Entomologi Dan Pest diwujudkan di
                    peringkat negeri dan daerah untuk  memperkemaskan saluran arahan dan aktiviti Program Kawalan Penyakit Bawaan
                    Vektor. Antara skop dan fungsi unit ini ialah:

                       i.   Memantau  dan mengawasi kelimpahan dan kehadiran  serangga-arthropod/vector  dan pest, menyiasat
                         infestasi dan serangan termasuk serangga forensik, merancang dan menyediakan pelan pelaksanaan kawalan
                         serangga-arhtropod/vektor dan pest.
                       ii.  Memantau  dan menilai  keberkesanan  aktiviti  intervensi  yang  dijalankan dalam  mengawal  jangkitan  dan
                         infestasi oleh serangga, arthropod pembawa penyakit dan pest.
                       iii.  Menjalankan penyelidikan dan kajian operasi berkaitan serangga-arthropod, vektor dan pest yang bertujuan
                         menambahbaik strategi kawalan dan pencegahan kemudaratan yang diakibatkan olehnya.
                       iv.  Memantau standard kualiti dan spesifikasi peralatan dan bahan-bahan keperluan kawalan serangga-arthropod
                         /pest, insektisid, pesticide dan biopesticide.
                       v.  Mengurus dengan merancang, memantau, menganalisa dan membuat evaluasi serta penambahbaikan sistem
                         kawalan pest, serangga- arthropod pembawa penyakit (swasta).
                       vi.  Memberi konsultansi, mengajar dan memberi latihan berkaitan ilmu entomologi termasuk serangga-arthropod,
                         vektor dan pest serta kawalannya.
           3.4.1     Kajian Entomologi Di Lokaliti Wabak Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor


                    National Strategic Dengue Plan 2015 – 2020 menyatakan keperluan pelaksanaan  penyiasatan  entomologi
                    (Entomological Investigation, EI) di lokaliti hotspot dan kes mati bagi mengenalpasti punca jangkitan denggi, menilai
                    situasi vektor dan menentukan keberkesanan aktiviti kawalan yang dijalankan. Hasil analisa dan interpretasi data–data
                    entomologi adalah bertujuan untuk penambahbaikan program di dalam Kesihatan Awam dengan memberikan khidmat
                    konsultasi dan input teknikal.
                    Key  Performance  Index (KPI) bagi entomologi  diwujudkan iaitu semua lokaliti berwabak hendaklah dilaksanakan
                    kajian entomologi yang komprehensif termasuk penyiasatan entomologi (Entomological Investigation, EI) untuk menilai
                    situasi wabak bagi membantu perancangan dan pelaksanaan aktiviti kawalan secara pengurusan vektor dan pest
                    bersepadu. Pada tahun 2017, tiada lokaliti hotspot dan kes kematian denggi didaftarkan. Sungguhpun begitu, unit ini
                    tetap menjalankan 6 kajian entomologi di lokaliti wabak denggi yang mempunyai 5 kes ke atas. Kajian entomologi turut
                    dijalankan di satu lokaliti kes malaria import dan satu lokaliti kes Japanese ensepilitis.
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87