Page 80 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 80
80 |
3.3.2 KAWALAN MALARIA
Walaupun penyakit Malaria bukan merupakan masalah kesihatan yang utama di Negeri Perlis, aktiviti pemantauan,
pencegahan dan kawalan Malaria masih dititik beratkan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Eliminasi
Malaria Kebangsaan (PSEMK). Sasaran aktiviti kawalan Malaria bagiNegeri Perlisadalah untuk mengekalkan status
bebas Malaria dengan memastikan tiada kematian Malaria (Kadar fataliti kes = 0) dan tiada insiden kes indigenous
Malaria. Bagi tahun 2017, terdapat 1 kes Malaria yang diklasifikasikan sebagai kes import dilaporkan iaitu dari Pakistan
(Rajah 26).Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan malaria dijalankan secara berterusan bagi mencapai sasaran
eliminasi malaria di Malaysia. Antara aktiviti tersebut adalah seperti kajian larva dan kajian nyamuk dewasa serta
pengambilan sampel darah warga asingserta aktiviti semburan dinding residual (Gambar 2, 3 dan 4).
4
3
2
1
0
P Falciparum P Vivax
Mixed P Ovale
Rajah 26 : Tren Kejadian Malaria di Negeri Perlis bagi tahun 2000 – 2016
Gambar 2: Aktiviti kajian larva di kawasan d lapangan bagi mengesan kehadiran nyamuk Anopheles

