Page 81 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 81
| 81
Gambar 3: Pasukan Pelbagai Guna menjalankan aktiviti pengambilan slaid darah warga asing untuk pengesanan penyakit
Malaria dan Filariasis.
3.3.3 KAWALAN FILARIA, JAPANESE ENCEPHALITIS, SCRUB TYPHUS, HAWAR DAN DEMAM KUNING.
Pada tahun 2017, tiada kes Filariasis telah dikesan dan dilaporkan di Negeri Perlis berbanding 1 kes (tempatan) yang
telah dilaporkan pada tahun 2016.Sementara itu semenjak tahun 2012 sehingga tahun 2017,tiada kes dilaporkan
untuk Japanese Encephalitis (JE), Scrub Typhus, Hawar dan Demam Kuning. Namun begitu,aktiviti pemantauan dan
pencegahan penyakit-penyakit tersebut seperti aktiviti pengambilan sapel darah warga asing, penangkapan tikus di pintu
masuk antarabangsa dan persampelan Xenopsylla cheopis masih diteruskan ( Gambar 3 dan 4).
Gambar 4: Aktiviti penangkapan tikus dan prosedur persampelan Xenopsylla cheopis(vektor penyakit Hawar)
3.3.4 PROGRAM KEPASTIAN QUALITI (QAP)
Bagi Program Kepastian Qualiti (QAP), pelbagai inisiatif telah dijalankan agar semua indicator QAP Program
KawalanPenyakit Bawaan Vektor tercapai. Antara program-program yang telah dijalankan adalah pembelajaran
berterusan untuk anggota kesihatan,promosi kesihatan dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan
kawalan penyakit bawaan vektor. Untuk tahun 2017, satu indikator tidak mencapai sasaran QAP yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Jadual 42) iaitu Denggi Notification Time Index (DNTI) dengan peratusan 98.28%.
Punca kepada ketidak capaian telah dikenalpasti dan langkah penambahbaikan telah diambil oleh Unit Kawalan Penyakit
Vektor untuk memastikan masalah tidak berulang pada tahun berikutnya.

