Page 83 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 83
| 83
Gambar 5: Aktiviti persampelan ketika kajian entomologi dijalankan
3.4.2 Aktiviti Penilaian Risiko Entomologi (ERA)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk mendapatkan status eliminasi bagi dua (2) penyakit bawaan
vektor yang utama dalam program kawalan penyakit iaitu malaria dan limfatik filariasis. Ini adalah untuk memastikan
Malaysia bebas daripada penyakit bawaan vektor menjelang tahun 2020 iaitu selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia
mencapai taraf negara maju pada tahun tersebut.
Selain daripada itu, data-data hasil dari pengawasan (survelan) entomologi boleh digunakan sebagai sistem amaran awal
untuk mengekang dari kejadian semula kes (prevention of reintroduction) di lokaliti bebas malaria dan juga mencegah
daripada berlakunya perebakan kes penyakit bawaan vektor. Data-data entomologi ini juga berperanan sebagai dokumen
(dossier) untuk memperolehi status eliminasi dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pemetaan vektor dengan
status reseptiviti telah berjaya dihasilkan seperti Peta 1 dan Peta 2 di bawah.

