8 April 2021 : Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 telah berjaya diadakan di Auditorium Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Majlis APC ini adalah satu tanda penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis kepada semua kakitangan kesihatan yang telah menunjukkan kecemerlangan pada tahun 2020 yang lalu. Sehubungan dengan itu, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 331 penerima APC yang diraikan pada kali ini.