Page 86 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 86
86 |
3.4.6 Kajian Kerintangan Vektor Terhadap Insektisid
Persampelan telah dibuat pada Februari dan Julai 2017. Namun, sampel yang diperolehi tidak mencukupi untuk
menjalankan prosidur kajian. Konsultansi daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan telah dibuat untuk
penambahbaikan bagi tahun 2018
3.4.7 Taksonomi Serangga
Pengecaman spesies
Jadual 44 menerangkan bilangan spesimen yang telah dibuat pengecaman untuk tujuan penguatkuasaan dan lain-
lain. Terdapat peningkatan ketara iaitu 105% bagi spesimen yang diterima untuk tujuan penguatkuasaan. Bilangan
pengecaman yang dibuat ke atas specimen dari persampelan kajian entomologi dan pest turut menunjukkan peningkatan
sebanyak 61%.
Tujuan Pengecaman Spesies Tahun 2015 Tahun 2016 Tahun 2017
Penguatkuasaan 164 171 350
Sampel kajian entomologi dan pest 108 435 703
272 606 1053
Jadual 44 : Bilangan spesimen yang diproses untuk prosidur pengecaman, bagi tahun 2015 hingga 2017.
Gambar 7 : Pegawai Sains (Kaji Serangga) sedang menjalankan prosidur pengecaman spesies serangga yang diperolehi.
Selepas pengecaman selesai, beberapa spesimen serangga yang diperolehi akan dibuat pengawetan. Gambar 4 menunjukkan
koleksi serangga yang disimpan di unit ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antara spesimen utama yang perlu diawet
ialah spesimen nyamuk.

