Page 88 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 88
88 |
3.5 PROGRAM KAWALAN PENYAKIT AIDS/STD
3.5.1 KAWALAN PENYAKIT HIV/AIDS
Kes jangkitan HIV yang pertama dikesan di negeri Perlis sejak 28 tahun yang lalu. Kawalan dan pengurusan penyakit
HIV/AIDS telah menjadi keutamaan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat negeri Perlis .Penurunan trend dapat
dilihat pada tahun 2017 . Pada tahun 2017 sebanyak 20 kes hiv baru dilaporkan berbanding 35 kes pada 2016.
Kadar Notifikasi juga menunjukkan tren yang sama. Bagi negeri Perlis KPI Ketua Pengarah Kesihatan telah ditetapkan
pada ≤ 13.5 bagi setiap 100,000 penduduk . Pencapaian KPI bagi negeri Perlis adalah 7.8 bagi setiap 100,000
penduduk. Walaupun berjaya mencapai sasaran KPI tetapi ini perlu juga diambil tindakan yang lebih agresif untuk
meningkatkankan penurunan kes baru tersebut dengan semua agensi yang terlibat.
Rajah 29 : Kadar Notifikasi Kes HIV dan AIDS 2011-2017 di Perlis
Secara amnya kejadian kes HIV menunjukkan kes terbanyak pada julat umur 20-29 tahun dan kes AIDS iaitu peringkat akhir
jangkitan HIV pada kurun umur 30-50 tahun. Tidak ada kes yang melibatkan kanak kanak di Perlis pada tahun 2017 (Rajah
30). Keadaan ini mempunyai kaitan kerana perilaku berisiko kebanyakannya bermula atau memuncak setelah remaja ini
tamat persekolahan. Antara perilaku berisiko yang dimaksudkan adalah pergaulan bebas sehingga melakukankan seks
rambang dan menggunakan dadah terutama secara berkongsi jarum suntikan. Kesan dari pergaulan bebas ini terlihat dari
jenis risiko jangkitan HIV di Perlis seperti dalam Rajah 31. Cara jangkitan utama adalah secara seksual iaitu 65 % adalah
homoseksual, dan 30 % adalah heteroseksual. Kes yang melibatkan perkongsian jarum suntikan hanya 5 %. Setelah
melihat gejala ini unit ini perlu memberi perhatian serius kepada isu seksual dan melakukan tindakan yang perlu untuk
dilaksanakan pada tahun 2018. Pendidikan seksual terutama kepada pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi perlu
terombosan baru supaya mereka sedar akan risiko yang diambil kelak.

