Page 90 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 90
90 |
Rajah 32: Program saringan ibu mengandung di Perlis
Pada tahun 2017, dari 4324 wanita mengandung yang telah disaring,1 kes telah disahkan HIV positif iaitu kes lama.
Bagi kes ibu hamil yang disahkan positif HIV, semua kes telah melalui program PMTCT dan beri rawatan sepanjang
kandungan mereka. Semua bayi yang dilahirkan oleh mereka berstatus HIV negative dan pemantauan lanjut akan
diteruskan. Bayi-bayi ini juga dibekalkan dengan susu tambahan sebagai langkah pengurangan jangkitan sehingga
berumur 2 tahun.
Ini adalah KPI untuk PKD di mana ini telah dicapai dengan tiada kes transmisi vertikel di Perlis pada tahun 2017.
Program Saringan di Pusat Serenti telah dihentikan untuk sementara waktu kerana pusat tersebut telah ditutup untuk
proses pembangunan semula.
Program Saringan Bakal Pengantin
Program ini mula dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Perlis pada tahun 2006. Ujian ini adalah wajib untuk pasangan
beragama Islam. Pada tahun 2011 Jabatan Kesihatan telah menggalakkan bakal pengantin bukan agama Islam untuk
menjalani ujian yang sama. Pada tahun 2017 seramai 3361 bakal pengantin telah disaring dan didapati 2 kes positif .
Kaunseling pencegahan dan rawatan telah diberikan kepada pesakit, pasangan dan juga keluarganya. Satu kes telah
meneruskan perkahwinan setelah proses kauseling diberikan.

