Page 91 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 91
| 91
Rajah 33 : Program Saringan HIV
Rawatan Pesakit HIV
Klinik ELISA
Klinik ELISA Paediatrik menjalankan perkhidmatan semenjak April 2005. Pada tahun 2017 terdapat 6 kes kanak-kanak
HIV positif yang masih meneruskan rawatan ARV , sementara secara kumulatif 85 kes kanak-kanak yang dilahirkan oleh
Ibu HIV positif tetapi keputusan PCR mereka negatif menjalani pemeriksaan pemantauan berterusan . Terdapat 4 kes
bayi yang lahir dari ibu positif yang dirawat tetapi keputusan PCR adalah negatif dan satu kematian kes lama dengan
jangkitan paru-paru.
Klinik Elisa MOPD mula menjalankan perkhidmatan pada tahun 1998. Sepanjang tahun 2017, sebanyak 166 kes telah
dirawat termasuk 27 kes baru. Kes baru yang dirawat, 17 orang telah dimulakan rawatan sementara selebih dalam proses
pemantauan. Secara keseluruhan penerima rawatan HAART di Perlis termasuk di klinik kesihatan adalah seperti di
Jadual 46
Jadual 46 : Bilangan Kes Penerima HAART, Negeri Perlis, 2008-2016
2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017
Bil Kes 82 80 93 104 103 141 137 205 180 202
Program Pengurusan Pesakit HIV Di Klinik Kesihatan
Program ini telah dijalankan di Klinik Kesihatan Kangar dan Arau mulai tahun 2003. Perkhidmatan ini diperluaskan ke
Klinik Beseri pada tahun 2011. Dan Klinik Kuala Perlis pada 2014 .Sehingga akhir 2017, seramai 49 orang pesakit telah
datang untuk perkhidmatan ini dan 42 orang pesakit telah diberi rawatan Anti Retroviral termasuk 4 kes baru dimulakan
rawatan .

