
Tarikh : 31 Julai - 4 Ogos 2019
Anjuran : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kedah
Peringkat : Kementerian Kesihatan Malaysia
Keterangan :
Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah bertujuan untuk mendorong anggota-anggota Jabatan Kesihatan Negeri untuk terlibat dalam aktiviti kecergasan yang secara langsung meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain dari itu, aktiviti sukan juga dapat mengeratkan hubungan yang baik di kalangan anggota. Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan acara peringkat kebangsaan yang diadakan sekali dalam dua tahun. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Kedah telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Karnival Kecergasan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2019 yang melibatkan 17 kontinjen yang akan bertanding dalam 15 acara sukan.