Mesyuarat Pelan Tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis 2020 telah diadakan pada 11 hingga 13 November 2019 bertempat di The Gurney Resort Hotel & Residences Pulau Pinang. Mesyuarat ini melibatkan Pegawai daripada setiap bahagian di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Objektif Mesyuarat Pelan Tindakan JKN Perlis 2020 ini adalah untuk menyediakan perancangan serta merangka pelaksanaan aktiviti utama bagi setiap program di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi tahun 2020. Ini juga adalah sebagai satu usaha dalam meningkatkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Lihat Gambar :