Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian UTC adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan di UTC Kangar Perlis yang terletak di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Klinik ini mula beroperasi pada 20 Oktober 2017 dan Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 13 Mac 2018 yang lalu.
Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan UTC adalah:
- Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD)
- Pesakit Kronik
- Kesihatan Ibu & Anak (MCH)
- Makmal dan Farmasi
- Perkhidmatan ambulan turut disediakan tetapi berkongsi dengan Klinik Kesihatan Kangar
- Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang ringkas tanpa x-tray turut disediakan
Perkhidmatan dan rawatan asas pergigian yang disediakan adalah:
- Pemeriksaan gigi dan nasihat pergigian
- Cabutan
- Tampalan
- Penskaleran
- Rujukan ke Klinik Pergigian Primer / Klinik Pakar Pergigian
KAWASAN OPERASI KK UTC KANGAR PERLIS
ZON 1
Kampung Sena (KG 2)
1) Pangsapuri Sena
2) Kampung Sena
3) Kampung Sena Hujung
Padang Behor (KG 5)
1) Sungai bakong
2) Padang Behor
3) Taman Merpati
4) Taman Desa Pulai
5) Taman Sri Pulai
6) Taman Embun
7) Kediaman IPG
Jalan Raja Syed Alwi (KG 7)
1) Kampung Bakau
2) Taman Sri Bakau
3) Taman Pertama
4) Taman Perlis
5) Taman Hijrah
6) Taman Kemajuan
7) Taman Jali
8) Taman Guar Syed Alwi
9) Taman Hijrah Impian
10) Kampung Guar Syed Alwi
11) Taman Syed Alwi Putra
12) Taman Sri Guar
13) Taman Firdaus
Berkuatkuasa 22 Januari 2019
Perubahan waktu operasi
KLINIK KESIHATAN DAN PERGIGIAN UTC Kangar, Perlis adalah seperti berikut :
Isnin - Ahad
08.00 Pagi - 05.00 Petang sahaja
Rehat (Solat Jumaat)
12.15 Tengahari - 2.45 Petang
Termasuk waktu operasi bagi Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) dan semua Jabatan di UTC Perlis
Perkhidmatan diberikan kepada penduduk di kawasan operasi Zon 1 dan juga kepada penduduk luar kawasan operasi dari seluruh Negeri Perlis yang datang secara walk in.
Jumlah kakitangan yang ditempatkan di Klinik Kesihatan UTC adalah seramai 44 orang yang mana terdiri daripada 7 Pegawai Perubatan dan 37 kakitangan sokongan. Semua kakitangan akan bertugas mengikut shif yang telah ditetapkan.
Manakala Jumlah kakitangan Pergigian yang berkhidmat adalah seramai 15 orang yang mana terdiri daripada 6 Pegawai Pergigian dan 9 kakitangan sokongan. Semua kakitangan akan bertugas mengikut jadual shif yang telah ditetapkan.