Page 219 - Laporan Tahunan JKN Perlis 2017
P. 219
| 219
Perkhidmatan Makanan/Pembangunan Institusi Sajian
Pada tahun 2017, pemantauan secara berkala dijalankan ke atas pengusaha perkhidmatan makanan/ pembangunan institusi sajian
bertujuan untuk memastikan makanan yang selamat disediakan untuk semua majlis anjuran agensi kerajaan. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah dengan mengadakan pemeriksaan keatas pembekal makanan dan aktiviti persampelan makanan Ready To Eat
(RTE) di tempat hidangan makanan dan memastikan tempat penyediaan dan tempat hidangan makanan adalah bersih. Selain itu,
satu Garis Panduan Pemantauan Keselamatan Makanan Sempena Karnival Makanan dan Majlis Rasmi Kerajaan Negeri telah
dibentangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi digunapakai oleh semua agensi/jabatan kerajaan yang terlibat dalam seba-
rang penganjuran majlis/program di peringkat negeri Perlis bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan dititikberatkan.
Aktiviti Promosi Keselamatan Makanan
Promosi keselamatan makanan di peringkat Negeri Perlis merangkumi pelbagai aktiviti. Di antara Aktiviti Promosi Keselamatan
Makanan pada tahun 2017 termasuk merangka dan menerbitkan bahan- bahan promosi keselamatan dan kualiti makanan samada
dalam bentuk poster, risalah, booklet dan lain-lain termasuk melaksanakan program–program berkaitan keselamatan makanan.
Antara aktiviti promosi yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 adalah seperti di Jadual 3.
Jadual 3: Aktiviti Promosi yang Dijalankan Sepanjang Tahun 2017
Tujuan Aktiviti Pencapaian
Mengadakan aktiviti Mengadakan taklimat Label & Diadakan di Giant, Perlis.
Promosi untuk menangani Penyimpanan Makanan di tempat
isu keracunan makanan umum/ pasaraya.
Edaran risalah Tips Keselamatan
Promosi keselamatan Makanan semasa Memilih Makanan di Diadakan di Bazar Ramadhan sekitar Perlis.
makanan semasa Bazar Ramadan.
perayaan Diadakan pada pertengahan bulan Ramadhan
Slot Radio di Perlis FM. bertajuk Tips Mengendali Makanan Selamat di
bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Antara aktivti yang diadakan Karnival ini diadakan hasil daripada
Karnival Hari Kantin adalah: kerjasama antara Jabatan Kesihatan dan
- Penjualan makanan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Objektifnya
- Pameran adalah untuk memberi kesedaran tentang
- Pertandingan Mewarna kebersihan dan keselamatan makanan serta
- Persembahan mengurangkan kejadian keracunan makanan
- Sukaneka kepada kumpulan sasar, iaitu:
- Cabutan bertuah - pelajar sekolah rendah
- ibu bapa dan keluarga pelajar
- guru-guru sekolah rendah

