Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

 

Article Index

FUNGSI BAHAGIAN

• Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan.
• Membantu mempermudahkan urusan perniagaan berkaitan Industri Makanan

OBJEKTIF

• Untuk memastikan makanan disediakan, dijual dan disimpan dengan cara yang bersih dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya
• Untuk memastikan semua makanan yang dijual adalah:

- Bebas dari pencemaran dan Aditif makanan yang tidak dibenarkan, tiada unsur penipuan;
- Mematuhi piawaian yang diperlukan; Perlabelan dan Pengiklanan yang memberikan gambar sebenar kandungan makanan

• Memastikan makanan diimport  ke negara ini selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya.
• Untuk memastikan makanan yang dieksport mematuhi kehendak negara pengimport dan untuk mengeksport makanan laut ke EU, mematuhi Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan untuk Eksport  Ikan dan Produk Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.
• Memastikan orang ramai mendapat maklumat yang mencukupi  mengenai keselamatan makanan.


PENGENALAN

Makmal Kawalan Mutu Makanan mula beroperasi pada Disember 1989 di sebuah kuarters kayu kelas G yang terletak di kawasan Hospital Kangar (dikenali sebagai Hospital Tuanku Fauziah). Pembangunan makmal baru mula dibina pada bulan November 1996 di bawah RMK 7 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1997 dengan kos pembinaan berjumlah RM802 000. Makmal ini telah dirasmikan pada 29 Oktober 1998  oleh Dato’ Chua Jui Meng. Nama makmal dijenamakan semula kepada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan sejajar dengan penstrukturan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Makmal ini diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 dan semua juruanalisa makanan di makmal adalah berdaftar dengan Akta Juruanalisa Makanan 2011. Bagi menjamin keputusan analisis yang dikeluarkan oleh makmal adalah keputusan yang konsisten dan berkualiti, makmal ini telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 dengan nombor Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 0203 oleh Jabatan Standard Malaysia.

MKKM Perlis berperanan dalam memberi perkhidmatan analisis makanan yang cekap dan berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Perkhidmatan analisis makanan ini melibatkan pensampelan bagi tujuan pengawasan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan dan keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.

FUNGSI

1)    Memberi perkhidmatan analisis makanan mengikut keperluan semasa.
2)    Melaksanakan pembangunan kaedah analisis baharu mengikut     keperluan.
3)    Menyediakan latihan teknikal bagi memastikan kredibiliti dan kompetensi juruanalisis makanan di MKKM.
4)    Melaksanakan sistem kualiti makmal bagi analisis makanan.
5)    Mengadakan kerjasama dengan lain-lain makmal makanan bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam analisis makanan.

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan laporan keputusan analisis yang berkualiti dikeluarkan mengikut Turn Around Time (TAT) yang ditetapkan:-

Analisis Sampel

TAT (hari)

Mikrobiologi

≤ 14

Kimia

≤ 30

Tahan Uji Lepas

≤ 3-7 hari


KEUPAYAAN MAKMAL

 

Aditif Makanan


Analisis:

Pengawet, Pewarna Makanan, Pemanis Tanpa Zat

Standard dan Pelabelan Makanan

 

Analisis:

Analisis proksimat, kandungan iodin,

kandungan kafein dan kopi, authenticity

(ketulenan madu)

 

Percemaran Industri dan Persekitaran Makanan

Analisis: Logam Berat

Pencemaran semulajadi dan alergen

 

Analisis:

Hydroxymethylfurfural, 3-MCPD, Histamin

Mikrobiologi Makanan


Analisis:

Mikrobiologi patogenik, Mikrobiologi standard

 

Bioteknologi Makanan


Analisis:
Genitically Modified Organism, Molekular

 


Keupayaan makmal penuh dan terkini sila rujuk https://shorturl.at/gxyzK