PENGENALAN
Makmal Kawalan Mutu Makanan mula beroperasi pada Disember 1989 di sebuah kuarters kayu kelas G yang terletak di kawasan Hospital Kangar (dikenali sebagai Hospital Tuanku Fauziah). Pembangunan makmal baru mula dibina pada bulan November 1996 di bawah RMK 7 dan siap sepenuhnya pada Oktober 1997 dengan kos pembinaan berjumlah RM802 000. Makmal ini telah dirasmikan pada 29 Oktober 1998 oleh Dato’ Chua Jui Meng. Nama makmal dijenamakan semula kepada Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan sejajar dengan penstrukturan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Makmal ini diwartakan di bawah Akta Makanan 1983 dan semua juruanalisa makanan di makmal adalah berdaftar dengan Akta Juruanalisa Makanan 2011. Bagi menjamin keputusan analisis yang dikeluarkan oleh makmal adalah keputusan yang konsisten dan berkualiti, makmal ini telah mendapat pengiktirafan ISO/IEC 17025 dengan nombor Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) 0203 oleh Jabatan Standard Malaysia.
MKKM Perlis berperanan dalam memberi perkhidmatan analisis makanan yang cekap dan berkualiti bagi menyokong aktiviti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Perkhidmatan analisis makanan ini melibatkan pensampelan bagi tujuan pengawasan untuk melindungi orang ramai dari bahaya kesihatan, penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan mengikut Akta Makanan 1983 dan dan keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport.
FUNGSI
1) Memberi perkhidmatan analisis makanan mengikut keperluan semasa.
2) Melaksanakan pembangunan kaedah analisis baharu mengikut keperluan.
3) Menyediakan latihan teknikal bagi memastikan kredibiliti dan kompetensi juruanalisis makanan di MKKM.
4) Melaksanakan sistem kualiti makmal bagi analisis makanan.
5) Mengadakan kerjasama dengan lain-lain makmal makanan bagi perkongsian maklumat dan pengetahuan dalam analisis makanan.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan laporan keputusan analisis yang berkualiti dikeluarkan mengikut Turn Around Time (TAT) yang ditetapkan:-
|
Analisis Sampel |
TAT (hari) |
|
Mikrobiologi |
≤ 14 |
|
Kimia |
≤ 30 |
|
Tahan Uji Lepas |
≤ 3-7 hari |
KEUPAYAAN MAKMAL
|
Aditif Makanan
Pengawet, Pewarna Makanan, Pemanis Tanpa Zat |
Standard dan Pelabelan Makanan
Analisis: Analisis proksimat, kandungan iodin, kandungan kafein dan kopi, authenticity (ketulenan madu)
|
|
Percemaran Industri dan Persekitaran Makanan Analisis: Logam Berat |
Pencemaran semulajadi dan alergen
Analisis: Hydroxymethylfurfural, 3-MCPD, Histamin |
|
Mikrobiologi Makanan
Mikrobiologi patogenik, Mikrobiologi standard
|
Bioteknologi Makanan
|
Keupayaan makmal penuh dan terkini sila rujuk https://shorturl.at/gxyzK