5 Mac 2021


YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melawat Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kg Gial, Perlis. Ketibaan YAB Perdana Menteri bersama isteri  telah disambut oleh YAB Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Azlan bin Man dan isteri serta Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin bin Hashim.


YAB Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk bertemu petugas dan penerima vaksin COVID-19 di sini serta sempat bertanyakan khabar mereka yang akan dan telah menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 ini.


Semasa sesi taklimat ringkas,  Pengarah Kesihatan Negeri Perlis memaklumkan bahawa sehingga 4 Mac 2021, seramai 1890 orang Petugas Barisan Hadapan dari pelbagai agensi di Negeri Perlis telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama. Jumlah tersebut merangkumi 20.6% jumlah anggota barisan hadapan yang berjumlah 9157 orang dan dijangka akan menerima suntikan sehingga minggu ke empat Bulan April tahun ini.


Negeri Perlis telah membuka 4 Pusat Penerimaan Vaksin COVID-19 di fasiliti kesihatan iaitu di Klinik Kesihatan kg Gial, Klinik Kesihatan Beseri, Klinik Kesihatan Felda Chuping dan Hospital Tuanku Fauziah bagi menampung keperluan pemberian vaksin COVID-19 untuk fasa 1. Dr Sirajuddin juga memaklumkan bahawa 4 buah dewan di sekitar negeri Perlis telah dikenalpasti sebagai Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 bagi fasa 2 dan 3 yang dijangka bermula pada bulan Mei tahun ini.


Berdasarkan unjuran data, dijangka seramai 188,200 orang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di Negeri Perlis sehingga Fasa yang ke 3 nanti.

#LindungDiriLindungSemua

Lihat gambar :