Setiap kali selepas makanan, sisa makanan yang terdapat pada gigi yang tidak dibersihkan akan bercampur dengan bakteria dalam mulut dan menjadi plak (tahi gigi).
Plak yang tidak dibersihkan lama-kelamaan akan menjadi kalkulus atau lebih dikenali sebagai karang gigi/tartar. Kalkulus sifatnya keras sehingga tidak boleh dibersihkan lagi dengan berus gigi.

Plak dan karang gigi yang tidak dibersihkan inilah menjadi penyebab kepada masalah gusi!

Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah:
1. Mulut berbau
2. Gusi mudah berdarah, merah, bengkak dan sakit
3. Gigi longgar
4. Gusi menurun sehingga gigi nampak panjang dan lain-lain lagi

Banyak faktor-faktor yang meningkatkan risiko penyakit gusi di kalangan orang dewasa seperti:
a. penjagaan kebersihan mulut yang tidak baik,
b. merokok,
c. masalah kesihatan seperti diabetes (kencing manis),
d. gigi berlapis,dan
d. perubahan hormon seperti semasa wanita mengandung dan lain-lain lagi

Jadi segera dapatkan pemeriksaan gigi di klinik berdekatan anda untuk mengetahui status kesihatan gusi anda!😉👌

#sayangigusianda
#pesananikhlas
#bahagianpergigianperlis