Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Indonesia Kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perlis

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Sirajuddin bin Hashim telah menerima Kunjungan Hormat oleh Tuan Bambang Suharto, Konsul Jeneral Indonesia, Pulau Pinang pada petang ini. Kunjungan Hormat tersebut berlangsung selama 1 jam bagi membincangkan isu-isu berkaitan kesihatan yang melibatkan warga Indonesia di Zon Utara termasuklah usaha-usaha untuk mengawal dan mengekang penularan COVID-19 di Negeri Perlis.

Lihat gambar :