MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JKN PERLIS 2021
Tarikh : 31 Mei 2022 (Selasa)
Tempat : Auditorium Dr. Syed Mahmood, JKN Perlis
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 telah berjaya diadakan di Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Majlis APC ini adalah satu tanda penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis kepada semua kakitangan kesihatan yang telah menunjukkan kecemerlangan pada tahun 2021 yang lalu. Sehubungan dengan itu, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua 336 penerima APC yang diraikan pada kali ini.
Pautan : Buku Program APC 2021