Program : Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Tarikh : 4 Ogos 2022 (Khamis)
Tempat : Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang telah dimulai dengan Kursus Penambahbaikan Bacaan Al-Quran (Kursus Tahsin Al-Quran) mulai 1 Ogos sehingga 3 Ogos 2020 ini telah berjaya diadakan pada 4 Ogos 2022 di Dewan Auditorium Dr. Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Majlis Tilawah Al-Quran ini telah disertai oleh seramai 9 peserta lelaki dan 17 peserta perempuan. Pada hari terakhir, 4 Ogos 2022 peserta kursus dikehendaki mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran daripada surah yang terpilih dan juri telah mengadili bacaan peserta berdasarkan tajwid, lagu, suara, tartil dan fasahah.
Juara Qari adalah Dr. Mohd Firdaus Bin Ghazali mewakili Hospital Tuanku Fauziah dan juara Qariah adalah Puan Nabila Natasha Binti Baharuddin mewakili Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Juara Qari dan Qariah akan mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di pertandingan tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan diadakan di Negeri Kelantan Darul Naim. Tahniah kepada semua peserta dan Qari Qariah.