Pada 27 Mac 2023 Perkhidmatan kesihatan di Negeri Perlis mencatatkan satu lagi sejarah dengan pengoperasian Klinik Kesihatan Pauh iaitu Klinik Kesihatan baharu di Kawasan Pauh, Arau, Perlis. Klinik Kesihatan jenis tiga ini merupakan klinik kesihatan ke tiga belas bagi Negeri Perlis yang akan memberikan kemudahan dan perkhidmatan kesihatan kepada seramai 21,463 orang penduduk di kawasan Guar Sanji dan Pauh. Ia meliputi 69 kampung di sekitar Klinik Kesihatan Pauh.
Majlis ringkas pembukaan Klinik Kesihatan Pauh telah diadakan pada 30 Mac 2023, oleh YB Tuan Megat Hashirat Bin Hassan, Exco Kesihatan Negeri Perlis diiringi oleh YBrs Pengarah Kesihatan Negeri Perlis dan pegawai pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
 
Klinik Kesihatan Pauh akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan seperti berikut:
 
1. Perkhidmatan pesakit luar dan kronik: termasuk makmal, radiologi dan imaging, fisioterapi, cara pulih kerja, kaunseling dietetik dan pemakanan, kaunselor dan psikologi dan perkhidmatan pegawai kerja sosial perubatan
2. Perkhidmatan kepakaran perubatan keluarga
3. Perkhidmatan ibu dan anak
4. Perkhidmatan pergigian
5. Perkhidmatan pakar periodontik
6. Perkhidmatan Farmasi
 
Semoga dengan pengoperasian Klinik Kesihatan Pauh ini, perkhidmatan kesihatan di Negeri Perlis terus cemerlang didalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan lebih dekat kepada rakyat serta memberikan kemudahan kepada rakyat di kawasan Pauh dan juga Negeri Perlis. Perkhidmatan baharu ini akan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan dan peningkatan kepakaran kepada penduduk luar bandar di Negeri Perlis.
 
Sekian , terima kasih.
 
Pengarah Kesihatan Negeri Perlis
Tarikh : 30 Mac 2023