Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan 1444H/2023M
Tarikh : 10 Mei 2023 (Rabu)
Tempat : Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis berkenan ke Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Kangar, 10 Mei 2023.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh YB Tuan Rus'sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan isteri, Dr Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis, Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis serta kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah berkenan melawat ke gerai-gerai perhiasan serta beramah mesra dengan kakitangan Jabatan serta tetamu yang menghadiri majlis yang diadakan. DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis seterusnya berkenan menghadiri majlis santapan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perlis merafak sembah dan menjunjung kasih atas keberangkatan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis ke Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.
Lihat gambar :