Pengiktirafan BKKM, JKN Terbaik telah diperkenalkan tiga tahun yang lalu oleh program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi mengiktiraf kecemerlangan BKKM negeri berdasarkan pencapaian pelaksanaan pelan tindakan, KPI, pengurusan aduan, pembudayaan inovasi, pengurusan kewangan serta x-factor seperti sense of urgency, responsif ke atas isu dan kesediaan dalam perkongsian idea untuk penambahbaikan Program. Pengiktirafan ini juga dapat menggalakkan persaingan sihat di antara negeri untuk memantapkan pengurusan kawalan keselamatan makanan dengan lebih cemerlang.
Pemenang bagi pengiktirafan BKKM, JKN Terbaik 2022 adalah:
Tempat Pertama : BKKM JKN Terengganu
Tempat Kedua : BKKM JKN Perlis
Tempat Ketiga : BKKM JKN Negeri Sembilan
Penyampaian plak dan sijil kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ts. Norrani binti Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan sempena Mesyuarat Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Bil. 2/2023 pada 24 – 25 Julai 2023.
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengekalkan kecemerlangan di samping mendorong negeri lain untuk meningkatkan prestasi.
Lihat Gambar :