Program : Majlis Serah Tugas Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), JKN Perlis
Tarikh : 15 September 2023
Tempat : Bilik Serbaguna, JKN Perlis
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (BKKM), Puan Norazlina binti Omar kepada Ketua Penolong Pengarah (BKKM), Puan Linza binti Md Yassin telah diadakan secara ringkas di Bilik Serbaguna, Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Majlis ini telah disempurkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari.
Turut hadir di sesi penyerahan nota serah tugas berkenaan adalah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) mewakili Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Pegawai-pegawai Kanan dan anggota kesihatan yang terlibat.
Pengarah Kesihatan Negeri serta semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Puan Norazlina binti Omar sepanjang menjalankan tugas.
Selamat Maju Jaya.
Lihat Gambar :