🗓 Tarikh : 21 Jun 2024 (Jumaat)
⏱️ Masa : 8.30 pagi – 10:00 pagi
🏡 Tempat : Bilik Serbaguna Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
🔖Penganjur : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Terima kasih Puan Nor Azlina Binti Bakar atas khidmat bakti beliau selama 22 tahun sebagai Pegawai Farmasi di Negeri Perlis dan 4 tahun sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Farmasi). Banyak perubahan, sumbangan dan kejayaan yang telah dicapai oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis dan profesion farmasi di negeri ini sepanjang era pentadbiran beliau. Beliau akan berpindah ke negeri Kedah sebagai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) yang baharu. Tahniah dan selamat maju jaya buat Puan Nor Azlina dan didoakan agar beliau terus dipermudahkan segala urusan serta mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan!


Majlis dihadiri oleh Dr Mohamad Zamri Bin Kamis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Perubatan), Puan Rubiyaton Binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perlis (Farmasi) yang baharu dan barisan pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Turut hadir Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kangar, Pegawai Farmasi dari Hospital dan Klinik Kesihatan serta anggota Farmasi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis.
TERIMA KASIH, PUAN!

Lihat gambar :