Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Tahun 2023
🗓 Tarikh : 23 Julai 2024 (Selasa)
⏱️ Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
🏡 Tempat : Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis
YBhg, Dato' Zainal Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan Malaysia, telah hadir ke Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Dewan Bankuet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah YBrs. Dr. Ghazali Bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah, Pegawai Kesihatan Daerah serta pengurusan tertinggi Jabatan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 337 orang warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Turut diraikan juga adalah seramai 38 orang pesara Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Lihat gambar :