Pada 8-10 Oktober 2024 yang lalu, telah berlangsung konvensyen QA ke-12 peringkat kebangsaan di Klana Resort, Seremban. Acara gilang-gemilang ini bertujuan melestarikan aktiviti peningkatan kualiti dalam sistem kesihatan di Malaysia. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini disertai oleh anggota fasiliti kesihatan awam dan swasta dari pelbagai peringkat di seluruh Malaysia.

Kontinjen dari negeri Perlis telah layak ke pentas final setelah melalui proses saringan yang teliti. Sebanyak 7 projek QA telah dibentangkan iaitu 2 kategori oral ( 1 PKD Kangar, 1 dental) dan 5 kategori video seminit ( 3 PKD, 1 HTF, 1 dental).

Selain daripada itu kontinjen Perlis juga telah menghantar 6 projek untuk slot quality leap lounge (3 HTF, 2 PKD, 1 JKN) bagi tujuan pameran dan pembelajaran sepanjang konvensyen ini berlangsung.

Pasukan QA Negeri Perlis telah berjaya merangkul tiga anugerah, iaitu :

 

1- Anugerah: tempat ke-tiga kategori lisan

  Pembentang: Puan Noorhayati Binti Mohamad Yusof

  Jawatan : Pegawai Dietetic

  Tempat Bertugas : Klinik Kesihatan Kampung Gial

  Tajuk Projek : "improving nutritional status among bedridden  patients on enteral feeding in  dormicilliary services : Perlis initiative"

2- Anugerah: tempat ke-tiga kategori video seminit

  Pembentang: Dr Junaidah Ishak

  Jawatan : Pegawai Perubatan

  Tempat Bertugas : PKD Kangar

  Tajuk Projek : "meningkatkan saringan kesihatan diabetes bagi ahli keluarga pesakit baru diabetes di klinik kesihatan PKD Kangar"

3- Anugerah Khas: QA/QI Champion 

  Penerima: Dr Isma Liza Binti Ali

  Jawatan : Pakar Pergigian Restorative

  Tempat Bertugas : Klinik Pergigian Beseri

  

JKN Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pembentang dan fasilitator atas kesungguhan dan usaha keras. Semoga terus menggapai kejayaan yang cemerlang di masa hadapan.

Lihat gambar :