🗓 Tarikh : 13 Februari 2025 (Khamis)
🏡 Lokasi : Pusat Rawatan Harian, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama Hospital Tuanku Fauziah telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pusat Rawatan Harian (ACC), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan. Rombongan delegasi Perlis telah diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ghazali bin Chik dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan dari JKN Perlis dan Hospital Tuanku Fauziah. Lawatan ini bertujuan untuk melihat struktur bangunan dan pengurusan pengoperasian serta perkhidmatan Blok ACC HRPZ II. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr Zaini bin Hussin bersama barisan pengurusan tertinggi HPRZ II.
#perlishebatsihatmiliksemua
Lihat gambar :