🗓  Tarikh : 11 Mac 2025 (Selasa)
🏡 Lokasi : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
 
 
Program yang menjadi acara tahunan dalam bulan Ramadan bagi warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis diteruskan lagi pada tahun ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota.
 
Program ini turut disertai oleh YBrs Dr. Ghazali Bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis dan pihak Pengurusan Tertinggi JKN, Hospital Tuanku Fauziah serta Pejabat Kesihatan Daerah Kangar. Bubur lambuk ini akan diedarkan di sebelah petang untuk orang awam di bazar ramadan terpilih.

#perlishebatsihatmiliksemua

Lihat gambar :