🗓 Tarikh : 22 Mei 2025 (Khamis)
🏡 Tempat : Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Pada 19 hingga 21 Mei 2025, Bahagian Pengurusan JKN Perlis telah menganjurkan Kursus Penambahbaikan Bacaan Al-Quran (Tahsin Al-Quran) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi tahun 2025 bertempat di Kompleks JKN Perlis. Objektif bagi kursus tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan penambahbaikan bacaan Al-Quran kepada pegawai-pegawai di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis sebagai persediaan pemilihan Qari dan Qariah bagi mewakili Jabatan ini ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2025 kelak. Sebanyak 25 peserta telah berjaya menyertai kursus tersebut dan seramai 10 peserta terbaik telah terpilih untuk bertanding di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat JKN Perlis Tahun 2025 yang telah diadakan pada 22 Mei 2025 bertempat di Auditorium Dr. Syed Mahmood.
 
Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan bahawa Johan Qari bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat JKN Perlis Tahun 2025 disandang oleh Dr. Noram Azlan bin Ramli, Pegawai Perubatan Pakar dari Hospital Tuanku Fauziah. Manakala Johan Qariah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat JKN Perlis Tahun 2025 disandang oleh Dr. Ida Zaliza binti Zainol Abidin, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dari Hospital Tuanku Fauziah. Tahniah diucapkan kepada Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat JKN Perlis Tahun 2025.

Lihat gambar :