Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Januari 2026 dan Amanat Tahun Baharu 2026 pada 16 Januari 2026. Majlis ini merupakan sinergi anjuran secara bersama oleh Bahagian Pengurusan dan Bahagian Perubatan yang mana bertemakan Kempen Kesedaran Integriti JKN Perlis.

Majlis Perhimpunan Bulanan Januari dan Amanat Tahun Baharu 2026 ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah dan Pegawai Kesihatan Daerah Kangar. Seramai kira-kira 200 orang anggota kesihatan dari seluruh negeri Perlis hadir bagi memeriahkan dan mendengar amanat yang ingin disampaikan oleh Pengurusan Tertinggi JKN Perlis.

Antara intipati amanat yang di sampaikan oleh YBrs Pengarah Kesihatan Negeri adalah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis merupakan salah satu daripada jabatan peneraju yang menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk mendigitalkan perkhidmatan kesihatan di negeri ini. Sasaran fasa pertama pendigitalan kesihatan ini telah bermula sejak tahun 2025 dan akan dilonjakkan lagi dengan pelaksanaan-pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menjadikan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan kesihatan di negeri Perlis dilaksanakan secara digital menjelang penghujung tahun 2026. 

Lihat Gambar :