Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Karnival Kecergasan Zon Utara 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 18 hingga 19 April 2026 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik dan berimpak tinggi telah dianjurkan bagi memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan peserta. Antara pengisian utama termasuk pertandingan Aerofithon, X-Break HoPIL, Menu Sihat, serta pertandingan mewarna kanak-kanak mengikut kategori umur. Selain itu, aktiviti Explore Race Sihat & Cergas dan pertandingan mewarna keluarga turut diadakan bagi menggalakkan penglibatan seisi keluarga.

Pada hari kedua, program dimulakan dengan sesi regangan dan pemanasan badan, diikuti pelepasan peserta bagi aktiviti Langkah Sihat. Turut diadakan pertandingan woodball serta cabutan bertuah sebagai penutup program.

Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menggalakkan amalan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian, malah turut memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan diri selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Lihat Gambar :