Sambutan Hari Jururawat 2026 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bersama Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Perlis telah menganjurkan Seminar Kejururawatan & Sambutan Hari Jururawat 2026 bertempat di Auditorium Syed Mahmood, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Dengan kehadiran seramai 200 orang jururawat, acara ini dirasmikan oleh YBrs Dr Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis. Tema Sambutan Hari Jururawat pada tahun ini adalah Our Nurses. Our Future: “ Empowered Nurses Save life”
Dua topik ceramah telah disampaikan dalam seminar tersebut
1. Burn- out di kalangan jururawat oleh En Muhammad Firdaus bin Mohd Zamri. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9, MRSM Kubang Pasu
2. “How to be A Good Nurse” oleh Dr Sunita binti Abdul Rahman. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (KA) JKN Perlis
Sambutan turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Jururawat 2025 & 2 Anugerah Khas yang ditaja oleh Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Perlis.
Unit Kejururawatan dan Persatuan Jururawat Malaysia merakamkan setinggi- tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa serta semua jururawat yang hadir diatas komitmen yang diberi.