𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 “𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐓, 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓” 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Tarikh : 9 Jun 2026 (Selasa)

Tempat : Auditorium Dr. Syed Mahmood, Aras 1,Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Masa: 8.30 Pagi - 1.00 Petang

Seminar ini adalah anjuran 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐬𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠, 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬 bagi tahun 2026. Objektif seminar ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pendedahan serta panduan praktikal berkaitan pengurusan kewangan yang efektif dan bijak serta sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan psikologi penjawat awam.

Selain itu, ia juga bertujuan melahirkan modal insan yang memiliki literasi kewangan kelas pertama, berdaya saing dalam mengurus sumber dan akhirnya berjaya mengukuhkan ekonomi kendiri. Slot ceramah telah disampaikan oleh Puan Hartini binti Hussin dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Tuan Inspektor Mohamad Syakirin bin Rosli dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, dan Encik Salman Fadzri bin Zaharin, dari UiTM Cawangan Arau, Perlis. Manakala, sesi Pocket Talk telah disampaikan oleh Encik Athi Narayanan dari CUEPACS TAKAFUL dan Encik Muhammad Hishamuddin bin Zahari dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Hadir sama dalam program ini Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Hospital Tuanku Fauziah dan Pejabat Kesihatan Daerah.