Tarikh: 8 & 9 Jun 2026 (Isnin & Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Serbaguna, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis selaku Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Inovasi JKN Perlis 2026 . Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk menambah pengetahuan tentang teknik penulisan laporan projek inovasi yang betul bagi menghadapi Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2026, meningkatkan kefahaman format pelaporan inovasi yang mengikuti kriteria pihak penganjur serta mempertingkatkan mutu pembentangan inovasi untuk Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia 2026. Ceramah bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Nasyaruddin B Abd Manaf , Ketua Penolong Pengarah Kanan Farmasi, Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 45 orang anggota kesihatan negeri Perlis daripada pelbagai skim perkhidmatan turut terlibat sebagai peserta bagi bengkel ini.