𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐓𝐢𝐧𝐣𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐡𝐥𝐞𝐬𝐬 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝟓.𝟎

𝟏𝟓 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐚𝐛𝐮) 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝐉𝐊𝐍 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬.

Tujuan: Lawatan ini diadakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dengan diketuai Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, MoF dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bersama-sama wakil Bahagian Kewangan dan Bahagian Akaun Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meninjau kejayaan pelaksanaan pembayaran tanpa tunai serta menyampaikan hadiah kemenangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis. JKN Perlis telah diperakui sebagai salah satu pemenang mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kempen tersebut dan mengiktiraf pencapaian cemerlang JKN Perlis dalam menggalakkan pelaksanaan pembayaran tanpa tunai di fasiliti kesihatan. Trofi dan Sijil Penghargaan telah diterima oleh Yang Berbahagia Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ghazali bin Chik.