
Pengambilan ubat-ubatan
Statistik kajian menunjukkan pesakit yang mempunyai penyakit kronik tidak mengikut dan mematuhi pengambilan ubat-ubatan. Ketika ini di Malaysia, sebagai contoh, pesakit darah tinggi mempunyai tahap kepatuhan ubat yang rendah sekitar 53% sahaja. Kajian juga menunjukkan sekitar 50% sahaja pesakit kencing manis mematuhi pengambilan ubat.
Kesan daripada tidak mengambil ubat yang diberi menyebabkan :
- tekanan darah tidak terkawal
- komplikasi angin ahmar(stroke)
- kegagalan organ dalaman seperti kegagalan buah pinggang
Senario yg sebenar di klinik pakar:
- "Pak cik selalu sangat terlupa ambil ubat darah tinggi yg kena ambil sebelum makan tue"
- "Mak cik selalu lupa makan ubat kolesterol yang waktu malam sebab tertidur"
- "Pak cik pergi Kuala Lumpur...rumah anak....lupa bawa ubat doktor"
Sebab tidak pengambil ubat:
- Pesakit tidak faham tujuan pengambilan ubat
- Sesetengah tidak percaya ubat mampu mengawal penyakit mereka
- Pesakit dalam keadaan denial(penafian) walaupun telah didiagnos penyakit
- Mendengar cakap kawan-kawan, makan ubat berpanjangan boleh merosakkan buah pinggang(alasan yang selalu saya dengar),cakap-cakap ini akan memakan diri pesakit itu sendiri.
Cara meningkatkan kepatuhan pengambilan ubat:

- Ambil ubat pada waktu yang sama
- Kenali ubat anda
- Amalkan pengunaan pill box atau kotak ubat
- Pasang alarm pada jam, telefon bimbit untuk mengingatkan pengambilan ubat.
- Cari motivasi dan kekuatan diri
Secara amnya,kepatuhan pada ubat amat penting. Jika anda berdepan masalah, sila jumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Menulis:
DR NORAZRULRIZAL
PAKAR PERUBATAN
JABATAN PERUBATAN HTF
KANGAR
15/3/2018