Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam. Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal.

Walaupun tiada rawatan untuk menyembuhkan asma setakat ini, serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain.  Dengan pandemik #COVID19 yang berlaku, penghidap asma merupakan antara golongan berisiko mendapat jangkitan yang teruk jika dijangkiti #COVID19 dan menjadi golongan sasar untuk Fasa Kedua Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan (PICK).  

*Hari Asma Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.