(Klik imej untuk saiz lebih besar)

Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.

Penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Wabak taun juga wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika.

Agen penyebab : Bakteria Vibrio cholerae.

Cara jangkitan : Melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman : Beberapa jam hingga 5 hari. Biasanya 2 hingga 3 hari.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/taun-2/