Info Kesihatan

Tip | Panduan | Amaran | Dan Lain-lain
📢 Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di bawah Teras 3, iaitu Kawalan Kesihatan Kendiri.
 
Pemerkasaan rakyat dalam penjagaan kesihatan adalah penting bagi membolehkan rakyat mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam pencegahan penyakit.
 
🩺Saringan kesihatan secara berkala dapat mengesan penyakit NCD di peringkat awal, rawatan dapat diberikan dengan segera dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup.
 
🇲🇾Rakyat yang sihat adalah rakyat yang produktif, dan negara amat perlukan populasi yang produktif dan berdaya saing untuk menangani cabaran ekonomi semasa.
 
Jom Saring❗
kunjungi Klinik Kesihatan berhampiran anda...