Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Kempen Go Cashless 2.0 dengan Kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) mulai 1 Jun 2024 dan telah selesai pada 30 November 2024. Di bawah Kempen Go Cashless KKM tersebut, pelawat bertuah yang membuat pembayaran di kaunter menggunakan kad debit / kredit melalui Terminal Point – of Sale (TPOS) dan melengkapkan borang penyertaan melalui Kod QR berpeluang memenangi insentif wang tunai sebanyak RM50.00. Berikut disertakan senarai nama pemenang Insentif wang tunai bagi Kempen Go Cashless 2.0 Kementerian Kesihatan Malaysia (Kategori Orang Awam). Tahniah kepada semua pemenang.
Para pemenang Insentif wang tunai boleh menghubungi Encik Mohd Dzulhaizar Bin Mansor di talian 03 – 9773333 Ext 2265 bagi pertanyaan lanjut selewat – lewatnya atau sebelum 13.5.2025 bagi penyaluran Insentif wang tunai.